Tali Pinggang Keledar Untuk Makanan Dibangunkan – Elak Makanan Tertumpah Dalam Kereta
Aman
Pada hari ini, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila makanan yang dibungkus dan dibawa dalam kenderaan terjatuh, tergolek, terbalik dan sebagainya. Menyedari masalah ini, salah satu projek menarik yang hadir adalah BAGO.
BAGO merupakan projek tali pinggang yang khusus untuk memastikan makanan anda tidak jatuh dalam kereta. Selain makanan, ia juga sesuai untuk barangan runcit dan sebagainya.

Dengan mengelak aktiviti pergerakkan yang tidak dijangka dalam kereta, ia sekaligus akan membolehkan pemandu fokus sepenuhnya ketika memandu. Proses pemasangan BAGO juga dilihat agak mudah, dan dipautkan pada bahagian simpanan di dashboard kereta.
BAGO kini melalui proses biayasama melalui laman IndieGogo, dan anda yang berminat boleh mendapatkannya.