Carian
Android 12L Kini Boleh Diuji Pada Peranti Terpilih Pixel – Pixel 6 Terkecuali
January 13, 2022 Fahim Zahar

Di acara Android Developer Summit 2021, Android 12L telah diumumkan sebagai sistem operasi Android untuk peranti dengan skrin besar, boleh-lipat dan Chrome OS. Contoh yang diberikan ialah talam notifikasi dan Quick Settings kini dipaparkan serentak apabila tatalan dilakukan dari atas skrin ke bawah.

Taskbar pula akan diperkenalkan untuk proses pertukaran aplikasi yang lebih pantas atau proses melancarkan dua aplikasi serentak pada skrin yang sama juga dipermudahkan dengan menatal skrin pada taskbar ke skrin utama. Paling penting sokongan aplikasi juga ditambah baik dengan aplikasi yang tidak direka untuk skrin besar tidak akan dipaksa menggunakan resolusi skrin pengguna.

Terbaru, Google telah mengedarkan kemaskini beta pertama untuk Andriod 12L kepada pengguna Pixel. Pengguna Pixel terpilih kini boleh menguji Android 12L ini dan cuba pelbagai ciri dan fungsi menarik untuk penggunaan sistem operasi Android pada skrin besar.

Buat masa ini Google hanya berikan sokongan Android 12L kepada Pixel 3a/3a XL, Pixel 4/4 XL, Pixel 4a/4a (5G) dan Pixel 5/Pixel 5a. Sayang sekali Google terpaksa melupakan pengguna Pixel 6, iaitu peranti lebih baru mereka kerana peranti ini ada banyak pepijat. Peranti Pixel 5a ke bawah skrin tidak begitu besar mana, jadi agak menarik untuk lihat iterasi Google kepadanya.

Sama-sama kita nantikan dan lihat peranti mana akan menggunakan Android 12L akan datang.

Komen