Carian
Realme 9i Menjadi Peranti Pertama Di Malaysia Dengan Cip Snapdragon 680
January 24, 2022 Syafia Hani

realme telah mulakan tahun baru mereka dengan melancarkan telefon pintar terbaru realme 9i yang merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 680 6m. Ia juga dilihat memposisikan realme 9i mereka ini sebagai telefon pintar yang sesuai digunakan sebagai telefon pintar gaming permulaan yang mampu milik sesuai dengan penawaran harganya. Menurut realme dengan penawaran sebegini, ia menjadikan realme 9i sebagai penanda aras bagi telefon pintar kategori bawah RM1,000 untuk peranti keluaran mereka selepas ini. Berikut merupakan ciri-ciri yang ditawarkan yang mungkin akan menambat hati anda.

1. Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 680 Di Malaysia

Cip pemprosesan ini merupakan generasi seterusnya bagi cip pemprosesan Snapdragon 662. Beberapa kemaskini telah diberikan dan prestasi CPU telefon pintar ini dikatakan mampu beroperasi 25% lebih lancar berbanding generasi sebelumnya. Jadi, dengan kemaskini yang diberikan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan pengalaman permainan yang lebih lancar dan memuaskan. Dari segi sokongan kecerdasan buatan pula, prestasinya dikatakan meningkat sehingga 25% yang mana sokongan enjin AI generasi ketiga daripada Qualcomm ini kebanyakannya digunakan pada bahagian kamera.

2. Dilengkapi Dengan Skrin 90Hz 

Melalui sokongan grafik Adreno 610, grafiknya menjadi lebih memuaskan yang turut dibantu oleh binaan skrin 6.6 inci beresolusi FHD+ dengan kecerahan skrin sehingga 480nit. Sokongan grafiknya ini adalah 10% lebih baik yang mana menurut realme dapat memberikan lebih keseronokkan apabila bermain permua kerana ia memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar serta mengurangkan masalah lengah masa.

Saiz nisbah skrin ke badannya pula adalah bersaiz 90.8% yang mana ia juga mempunyai kadar sentuhan sepantas 180Hz bersama kepadatan skrin sehingga 401ppi. Janaan cip Snapdragon 680 membolehkan skrin realme 9i ini menyokong sehingga 5 peringkat kadar segar semula secara automatik bagi memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pengalaman tatalan skrin dengan lebih lancar atau untuk membantu menjimatkan penggunaan bateri. 5 pilihan kadar segar semula ini terdiri daripada 30Hz, 48Hz, 50Hz, 60Hz dan juga 90Hz.

3. Saiz Memori Yang Besar & Boleh Diperluaskan Lagi

Saiz memori dan storan yang besar sangat membantu untuk sesebuah telefon pintar itu untuk beroperasi dengan lancar terutama sekali apabila anda gemar bermain permua. Pada asasnya, realme 9i ini ditawarkan dengan saiz storan 64GB bersama memori 6GB RAM. Seperti telefon-telefon keluaran realme yang terkini, realme 9i ini juga turut dilengkapi dengan teknologi DRE Dynamic RAM yang membolehkannya menukarkan saiz ROM kepada RAM virtual sehingga 5GB. Menurut realme, penawaran ini membolehkan anda dapat menikmati saiz RAM seakan-akan 11GB.

4. Dikuasakan Dengan Bateri 5000mah Bersama Pengecasan Pantas 

Kini, telefon pintar kebiasaannya dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh dan begitu juga dengan realme 9i. Dengan bateri sebesar ini, ia mungkin tidak menjadi masalah untuk bermain permua yang ringan dalam masa yang lama mahupun bermain permua yang lebih intensif untuk satu jangka masa yang memuaskan. Sesuai bagi seseorang yang baru ingin berjinak-jinak untuk bermain permua.

Tetapi jika anda ingin menjimatkan lagi penggunaan bateri, telefon pintar ini mempunyai fungsi Super Power Saving Mode mereka sendiri untuk membolehkan telefon pintar ini beroperasi dengan lebih efisien dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa bagi memanjangkan jangka hayat baterinya. Terdapat juga fungsi App Quick Freeze yang akan menjedakan (pause) aplikasi yang aktif tetapi tidak digunakan buat sementara waktu dan kecerahan skrin akan dikurangkan secara automatik apabila bateri tidak mencukupi untuk mengurangkan penggunaan kuasanya.

5. Harganya Bawah RM1,000 Dan Sesuai Untuk Kegunaan Permua Yang Ringan

Bagi anda yang inginkan realme 9i ini, telefon pintar ini dipasarkan dengan dua variasi, iaitu varian 4GB/128GB dan juga varian 6GB/128GB yang boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu Prism Blue dan juga Prism Black. Harga pasarannya di Malaysia adalah bermula RM799 hingga RM869 sahaja. Harganya ini dikatakan mampu milik dan boleh dibeli jika anda seorang yang gemar bermain permua yang ringan atau juga baru berjinak-jinak untuk bermain permua. Ini kerana, realme 9i ini merupakan peranti pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan janaan cip Snapdragon 680 bateri berkapasiti 5,000mAh dan dipasarkan pada harga mampu milik. Malah, realme juga telah menjadikan mereka 9i ini sebagai penanda aras realme yang baru bagi sebuah telefon pintar kategori bawah RM1,000. Jadi, anda boleh pertimbangkan untuk membeli realme 9i ini jika inginkan sebuah telefon pintar pada harga bajet bawah RM1,000.

Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia

Komen