Cari @ Amanz

Realme Malaysia kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti baharu lagi. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Realme 9i dan pelancaran rasminya telah dijadualkan berlangsung pada 19 Januari 2022. Ia akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme bermula jam 2 petang.

Menyentuh sedikit mengenai peranti, ia akan menggunakan cip Snapdragon 680. Ia juga akan menampilkan kemasan panel belakang yang digelar sebagai Stereo Prism Design. Ia diilhamkan oleh interaksi antara cahaya dan prisma yang kemudiannya diindahkan lagi dengan cara tersendiri. Di samping itu, bateri 5,000mAh turut digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Menurut Realme, peranti berkenaan akan ditawarkan dengan julat harga di bawah RM1,000. Untuk ketahui lebih lanjut mengenainya, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak. Kami di Amanz juga akan mengemaskininya untuk perkongsian semua pembaca.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd