Cari @ Amanz

Twitter juga setiap hari tidak berhenti menguji pelbagai ciri dan fungsi menarik untuk memuaskan hati pengguna dan juga menjamin keselamatan, privasi dan sekuriti mereka. Twitter juga ada pelan langganan Twitter Blue untuk negara terpilih. Paling besar yang Twitter lakukan adalah ciri bual audio – Twitter Spaces.

Sejak ada fungsi ini, aplikasi Twitter pada peranti turut menerima perubahan seperti kemaskini antaramuka. Tab di bawah di skrin utama kini sejak ada Spaces semaki serabut, hanya kalau langgan Blue sahaja ia boleh diubah. Oleh yang demikian, Twitter kini membuang butang carian di tab bawah.

Terbaru adalah Twitter menggantikannya dengan bar carian di bahagian atas di skrin utama. Bar ini kalau anda tidak nampak, ikon kanmta pembesar turut disertakan sebelah ikon ciapan Home/Latest. Bar carian ini terhad di Twitter untuk iOS sahaja dan tidak ditawarkan kepada pengguna Android.

Dalam semakan saya ketika artikel ini ditulis, saya masih tidak dapat lagi ciri baru ini. Anda bagaimana?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd