Lakaran Realme 9 Pro Tertiris – Mungkin Dilengkapi Skrin AMOLED, Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme 9 telah disahkan bakal hadir sekitar tahun ini. Ia bakal menjadi model kemaskini untuk siri Realme 8 dan dikhabarkan hadir dengan perkakasan dalaman lebih baik menerusi janaan pemproses yang berkuasa. Namun begitu, tidak ada khabar berita mengenai rekaan pada peranti. Sehinggalah kini, tularnya imej lakaran yang didakwa menunjukkan rekaan pada peranti untuk model Realme 9 Pro.

Lakaran ini diperoleh daripada perkongsian laman Smartpix dan OnLeaks. Ia memperlihatkan sebuah peranti dengan panel hadapan berlubang bersama sokongan skrin AMOLED. Saiz skrin pula dikhabarkan sebesar 6.43-inci dengan binaan bezel yang nipis pada kesemua sisi. Seterusnya, persediaan sistem tri-kamera turut digunakan padanya. Di mana, ia turut akan dibekalkan dengan sensor utama keluaran Sony tetapi tidak ada sebarang perkongsian lanjut mengenai butirannya.

Pada masa sama, lakaran turut menunjukkan butang kuasa pada sisi kanan. Seterusnya, butang laras audio pula diletakkan pada sisi yang bertentangan. Turut kelihatan, terdapatnya penjenamaan Realme pada panel belakang peranti. Bagaimanapun, maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura dan pihak Realme juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Sumber : OnLeaks

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami