Cari @ Amanz


Motorola kini hadir dengan penawaran tablet baharu. Melaluinya, Moto Tab G70 telah diumumkan lengkap dengan janaan cip MediaTek Helio G90T. Ia juga ditawarkan pada harga jualan R$2,159.10 (~RM1,629) dengan beberapa pilihan warna termasuklah hijau. Buat masa ini,tablet ini hanya ditawarkan untuk pasaran Brazil sahaja.

Untuk spesifikasi khusus, Moto Tab G70 dilengkapi skrin 11-inci IPS LCD dengan resolusi 2000 x 1200 piksel dan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan menjalankan sistem operasi Android 11. Melengkapi tablet juga adalah kamera utama 13MP, di samping kamera swafoto sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi yang turut menyokong termasuklah bluetooth 5.2, GPS, GLONASS, port USB-C dan sebagainya.

Sumber : Motorola Brazil

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd