UPM Pasang Sistem Solar Terbesar Di IPTA Malaysia – Dijangka Siap Julai 2022

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Universiti Putra Malaysia, kini bekerjasama dengan Tenaga Nasional melalui anak syarikat GSPARX Sdn Bhd, sekaligus akan melihat UPM melalui pemasangan sistem solar PV.

Pemasangan sistem solar PV oleh UPM ini dijangka akan menjadi yang paling besar di IPTA di Malaysia. Kerja pemasangan panel solar dijangka siap pada Julai 2022.

Sistem solar akan dipasang di sekitar 16 tapak, termasuk di masjid, bumbung parkir, selain projek solar teerapung bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan modal insan.

Pemasangan solar berkapasiti 16.18MWp di 16 lokasi sekitar UPM ini akan melihat universiti tersebut jimat bil elektrik sebanyak RM114 juta dalam tempoh 25 tahun.

Pada masa yang sama, pemasangan panel solar ini juga akan membolehkan UPM mengurangka 14,655 tan metrik karbon dioksida setahun – bersamaan asap 3187 buah kenderaan setahun.

komen


© Amanz / 2022 Kami