Carian
Vivo V23 5G Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM2099
January 13, 2022 Amy Maizuraa

Rangkaian peranti Vivo di bawah siri V telah dikemaskini dengan penawaran peranti baharu. Melaluinya, Vivo V23 5G telah diumumkan untuk pasaran tempatan dengan pelbagai fungsi, di samping rekaan yang anggun. Ia juga hadir dengan panel belakang unik yang boleh berubah-ubah warna apabila terdapat cahaya yang dipantulkan secara langsung.

Bagi yang berminat, Vivo V23 5G dijual di Malaysia pada harga RM2,099. Ia tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Sunshine Gold dan Stardust Black. Jualan bermula pada 14 – 16 Januari 2022. Setiap pembelian akan didatangkan dengan sejumlah hadiah menarik percuma bernilai hingga RM668. Ini termasuklah Vivo TWS 2e (RM269), kad keahlian Viu selama sebulan dan lanjutan waranti serta pelindungan skrin selama setahun.

Vivo V23 5G menampilkan skrin 6.44-inci AMOLED beresolusi FHD+ (2400×1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 920, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula adalah 4,200mAh dengan pengecasan pantas 44W. Turut melengkapinya, kamera utama dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 50MP + 8MP. Lain-lain spesifikasi terdiri dengan bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari pada skrin dan sebagainya.

Komen