Redmi Menawarkan Tema “Spider-Man: No Way Home” Untuk Pengguna Di China

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun 2021 untuk saya tamat dalam keadaan baik sekali, kerana filem Spider-Man: No Way Home berjaya ditayangkan dan saya dapat tonton di pawagam. Ia adalah antara filem Spider-Man terbaik pernah dihasilkan. Kehangatan filem ini masih lagi terasa sehingga hari ini.

Walaupun Spider-Man adalah milik Sony, ini tidak bermakna hanya Sony sahaja boleh menggunakan Spider-Man untuk mempromosikan produk mereka seperti XM4 edisi khas.

Di China, Redmi juga ada bekerjasama dengan Sony untuk peranti-peranti mereka. Nama rasmi bagi tema in jika diterjemah adalah Spider-Man Heroes Limited Theme. Pengguna Redmi hanya perlu buka aplikasi tema dan cari kata-kunci Spider-Man.

Tema edisi khas ini boleh dimuat turun bermula hari ini sehingga 28 Mac akan datang. Dengan tema ini peranti Redmi boleh dihiasi dengan gambar latar Spider-Man, gambar untuk kunci skrin, ikon-ikon aplikasi, tema warna dan banyak lagi.

Buat masa ini, ia dilihat hanya terhad di China sahaja dan tidak pasti jika pengguna Malaysia boleh muat turun tema ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami