Carian
Kini Anda Boleh Bayar Menggunakan ShopeePay Di 7-Eleven
January 13, 2022 Aman

ShopeePay dan 7-Eleven Malaysia kini bekerjasama, sekaligus membolehkan para pengguna di Malaysia melakukan pembayaran untuk pembelian di 7-Eleven melalui ShopeePay.

Dengan langkah ini, ia terus memberikan lebih sebab kepada pengguna dalam menggunakan ShopeePay – apatah lagi dengan sokongan yang dikembangkan dengan aktif dari hari ke hari.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, orang ramai boleh mendapatkan baucar 1 sen di Shopee, seterusnya menikmati pulangan tunai sehingga RM1.50 untuk belanja minima RM2. 7-Eleven juga turut menyediakan beberapa promosi khusus untuk pengguna ShopeePay.

Komen