Sejumlah Pengguna Firefox Menghadapi Masalah Tergendala Ketika Digunakan
January 13, 2022
Perisian
Aman
Mozilla Firefox merupakan antara pelayar web yang popular, dan digunakan ramai di seluruh dunia. Namun, hari ini sejumlah pengguna dilihat menghadapi masalah ketika menggunakan pelayar web berkenaan.
Ia dilihat kerap tergendala, dan terdapat pengguna yang tidak boleh melayari web menggunakannya.

Pihak Firefox tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini. Bagi anda yang menghadapi masalah sama, mungkin boleh menggunakan beberapa pelayar web alternatif untuk sementara waktu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.