Asteroid Dengan Lebar 1km Akan Melepasi Bumi Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NASA merupakan salah satu agensi yang memantau pelbagai pergerakkan di angkasa, termasuk melibatkan asteroid dan komet. Terbaru, NASA mengumumkan asteroid 1994 PC1 akan terbang melepasi Bumi pada minggu hadapan.

NASA telah memantau asteroid ini dengan lebar hampir 1 kilometer untuk beberapa dekad, dan ia akan akhirnya melepasi Bumi pada 18 Januari 2022 ini.

Apa pun, asteroid ini dikategorikan tidak berbahaya untuk Bumi, dan akan terbang pada jarak 1.9 juta kilometer daripada planet yang kita diami ini dengan kelajuan sekitar 75,000km/j. Ia adalah jarak sekitar lima kali jauh berbanding kedudukan bulan.

Selain asteroid ini, sejumlah asteroid lain turut sering terbang melepasi Bumi, yang anda boleh saksikan melalui laman khusus NASA Eyes On Asteroid.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami