Cari @ Amanz

Twitter hari ini mengumumkan ciri rakaman Twitter Spaces akhirnya ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia, melalui aplikasi Android dan iOS.

Melalui ciri ini, seseorang yang memulakan Twitter Spaces boleh menetapkan pilihan “Record Space”, dan ia akan dirakam untuk didengar pada kemudian masa.

Apa pun, hendaklah diambil perhatian yang mana Space yang dirakam hanya akan ditawarkan untuk dengar kembali oleh pengguna lain untuk tempoh selama 30 hari selepas Space berkenaan ditamatkan.

Anda yang menggunakan Twitter Spaces, boleh mencuba ciri rakaman ini di Android dan iOS bermula hari ini, dan memastikan lebih ramai yang dapat mendengar perbualan dan perbincangan anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd