Leica M11 Dilancarkan Dengan Sensor 60MP Pada Harga RM39,390

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Leica M11 akhirnya diumumkan pagi ini sebagai model dengan nombor baharu sejak Leica M10 dilancarkan pada tahun 2017. Dengan nombor model baharu kemampuan M11 dipertingkatkan lagi dengan penggunaan sensor 60MP CMOS yang dipadankan dengan cip pemproses imej Maestro III. Ia juga kamera pertama Leica yang ditawarkan dengan teknologi Triple Resolution Technology.

Triple Resolution Technology membolehkan jurufoto mengambil gambar dalam format JPEG atau RAW pada resolusi 60MP, 38MP atau 18MP mengikut keperluan. Dengan saiz gambar yang lebih kecil, M11 dapat mengambil gambar dengan lebih pantas misalnya.

M11 juga hadir dengan julat dinamik 15 stops dengan kemampuan ISO pula antara 64-50,000. Sebuah skrin LCD sesentuh diletakkan pada panel belakang dengan keterangan mencecah 800 nits. M11 menyokong kesemua lensa M-Mount di pasaran.

Baterinya pula sebesar 1800 mAh yang merupakan peningkatan 64% berbanding generasi terdahulu. Ia turut boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Storan dalaman adalah 64GB tetapi boleh ditambah menggunakan kad SD. Leica M11 boleh dibeli pada harga RM39,390 sebuah tanpa lensa dalam warna hitam dan perak serta pilihan tubuh aluminium ataupun gangsa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami