YouTube Sedang Menguji Ciri Muat Turun Video Secara Automatik

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siapa sahaja yang tidak pernah tonton video din YouTube? Pasti majoriti sudah, kalau tidak sukarlah untuk PinkFong! menerima 10 bilion tontonan. Tetapi pengalaman menonton akan menjadi hambar kalau sambungan Internet adalah perlahan membuatkan video tidak berkualiti dan kerap memuat.

YouTube kini ingin cuba menyelesaikan masalah ini dengan membawa ciri daripada YouTube Music terus ke aplikasi YouTube sendiri. Ciri ini adalah Smart Downloads, yang mana YouTube akan memuat turun video untuk tontonan luar talian. Video ini semua adalah video yang YouTube anggap sesuai dengan pengguna kerana dicadangkan berdasarkan corak penggunaan masing-masing.

Video yang dimuat turun secara automatik ini hanya akan ada 20 secara maksima agar ruangan storan peranti pengguna tidak terjejas. Ciri ini juga dilihat diuji pada peranti Android sahaja dan tida ditawarkan kepada pengguna iOS. Pengguna juga memerlukan langganan YouTube Premium untuk cuba ciri ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami