TSMC Akan Membina Kilang Cip 3nm Khusus Untuk Intel Di Hsinchu, Taiwan

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel dan TSMC mungkin dilihat sebagai lawan dalam industri pengilangan cip semikonduktor, tetapi dalam lawan, kedua-dua syarikat cip penting ini dilihat juga bekerjasama dalam beberapa aspek, khususnya dari segi pembangunan komponen yang memerlukan proses lebih kecil, yang merupakan kepakaran syarikat Taiwan tersebut.

Sewaktu pembentangan pendapatan terbaru mereka, TSMC mengatakan bahawa mereka akan membina sebuah kilang fabrikasi cip pemprosesan 3nm di Hsinchu, Taiwan, khusus untuk membangunkan penawaran cip pemprosesan Intel di masa hadapan.

Intel kini berhadapan dengan cabaran besar oleh AMD, khususnya dari segi prestasi cip pemprosesan. Keputusan AMD untuk menggunakan khidmat TSMC membangunkan cip-cip pemprosesan menggunakan nod 10 dan 7nm sebelum ini dilihat membuahkan hasil yang sangat baik, dimana mereka kini dilihat bersaing dengan pesat bersama Intel dalam pasaran cip pemprosesan desktop.

Tiada butiran yang diberikan mengenai pembangunan kilang 3nm ini, tetapi ia diketahui bahawa Intel kini dilihat akan menggunakan strategi sama seperti AMD untuk membangunkan cip-cip pemprosesan terbaru mereka, sambil menunggu kilang-kilang IDM 2.0 mereka dibangunkan juga dalam masa beberapa tahun lagi.

Sumber: Digitimes

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami