Seleweng 3000 iPod Untuk Kegunaan Pelajar Sejak 2013 Ke 2018, Sekumpulan Individu Dipenjara

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti media mudah-alih iPod mungkin tidak lagi diperlihatkan hari ini, tetapi mahkamah Amerika Syarikat dilihat telah memenjara sekumpulan individu kerana menjual-semula peranti tersebut yang sepatutnya digunakan oleh para pelajar orang asli Amerika di New Mexico.

Tiga individu yang terlibat ini ialah Kristy Stock, James Bender dan Saurabh Chawla, yang sepanjang 2013 hingga 2018 dilihat membeli peranti iPod ini, yang sepatutnya dibawah program pendidikan kanak-kanak orang asli Central Consolidated School District of New Mexico.

Peranti-peranti ini dibeli menggunakan wang daripada pihak pendidikan setempat, yang kemudiannya dihantar ke sebuah lokasi di Maryland, dan dijual pada harga yang lebih tinggi di eBay. Kristy Stock, yang bekerja dengan pihak kerajaan tempatan dilihat menguruskan pembelian peranti-peranti ini, manakala Saurabh Chawla dilihat sebagai dalang operasi ini dengan menguruskan faktor logistik dan jualan peranti-peranti ini.

James Bender pula dilihat sebagai aksesori kepada kes ini, kerana walaupun dia dilihat tidak terlibat secara langsung, akaun eBay beliau digunakan oleh Chawla, dan dia mengetahui tentangnya.

Kristy Stock dipenjara selama 16 bulan, manakala James Bender dipenjara 366 hari untuk penglibatannya didalam jenayah ini. Saurabh Chawla pula dipenjara sehingga 66 bulan, kerana selain daripada penglibatannya dalam kes ini, dia juga gagal membayar cukai $700 ribu (~RM3 juta).

(Sumber: Engadget)

komen


© Amanz / 2022 Kami