Kerajaan Ingin Guna Satelit 5G Untuk Tambah Baik Komunikasi Ketika Bencana

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan lepas, berlaku bencana banjir yang membawa kepada gangguan rangkaian telekomunikasi dalam kekal berkomunikasi dan berhubung. Menyedari perkara berkenaan, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang menggunakan teknologi satelit sebagai penambah-baikkan sistem komunikasi ketika bencana.

Penggunaan satelit telekomunikasi 5G juga dilihat akan dapat mengatasi masalah capaian kerana menara telekomunikasi yang terjejas ketika bencana, selain kos dan masa pelaksanaan yang lebih pantas.

Disamping itu, satelit 5G juga dilihat boleh membantu dalam pengurusan awal, termasuk menghantar amaran awal kepada orang awam.

Selari dengannya, kerajaan akan berbincang dengan beberapa negara lain yang menggunakan teknologi satelit 5G ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami