Carian
UOB Mengambil-Alih Perniagaan Perbankan Runcit Citibank Pada Nilai Melangkaui RM15 Bilion
January 14, 2022 Aman

United Overseas Bank (UOB) kini mengumumkan akan mengambil-alih perniagaan perbankan pengguna milik Citigroup di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Menurut Bloomberg, UOB akan membayar $3.6 bilion atau sekitar RM15 bilion untuk transaksi ini.

Pengambil-alihan ini melibatkan perniagaan perbankan runcit, dan perniagaan kredit kad. Citi akan kekal mengoperasikan penawaran institusi mereka di negara-negara berkenaan.

Dengan penjualan ini, Citi akan terus memfokuskan kepada penawaran institusi di rantau Asia Pasifik, sementara UOB pula akan mengukuhkan kedudukan mereka di rantau ini.

Komen