Carian
Pihak Berkuasa Jerman Tidak Menemui Sebarang Anomali Pada Telefon Xiaomi Seperti Didakwa
January 14, 2022 Aman

Pihak berkuasa Jerman kini mengatakan mereka telah melakukan audit penuh pada telefon-telefon keluaran Xiaomi, dan mendapati mereka tidak menemui sebarang anomali pada produk mereka.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan telefon Xiaomi hadir dengan tapisan terbina yang menapis sejumlah terma yang tidak disukai kerajaan China, termasuk berkaitan Tibet, demokrasi, dan Taiwan. Pihak berkuasa Jerman telah melakukan siasatan dan semakan terhadap tuduhan berkenaan dan mengatakan mereka tidak menemui sebarang perkara sebegitu pada telefon keluaran Xiaomi.

Selari dengannya, Xiaomi juga turut menyatakan kegembiraan terhadap hasil siasatan berkenaan, dan pada masa yang sama mereka kekal dengan komitmen menawarkan produk yang melindungi privasi dan sekuriti pengguna.

Komen