Apple Dijangka Tawar Skrin 120Hz ProMotion Pada Semua Model iPhone 14

Diterbitkan pada Jan 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada hari ini menawarkan kadar segar semula mencapai 120Hz dinamakan ProMotion pada model iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max sahaja. Namun, ia dijangka berubah pada siri iPhone 14, dimana semua model iPhone bakal menawarkan ciri 120Hz ProMotion ini.

Jangkaan ini hadir melalui penganalisa Jeff Pu yang melihat pada rantaian bekalan Apple. Dengan penawaran ini, pengguna boleh menikmati paparan pada kadar segar semula tinggi melalui semua model iPhone keluaran tahun ini, dan bukan terhad kepada model “Pro” sahaja.

Apple kebiasaannya akan memperkenalkan siri iPhone baharu pada bulan September. Selain perubahan kadar segar semula, skrin iPhone 14 juga dijangka menyertakan rekaaan berbentuk skrin berlubang dan bukannya bertakuk.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami