Ini Cara Mengembalikan Pilihan Mencari Gambar Menggunakan Google Image Di Chrome

Diterbitkan pada Jan 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu yang lalu, Google secara senyap mula menggantikan ciri “Search Google for Image” – yang mencari imej menggunakan Google Image dengan “Search Image with Google Lens” apabila pengguna melakukan klik kanan pada mana-mana imej di pelayar web.

Tiada alasan yang diberikan mengapa ciri berguna ini digantikan secara tiba-tiba. Yang pasti saya sebagai pengguna tegar carian Google Images tidak menggemari ciri carian Google Lens yang kerap kali memberikan carian imej yang kuran tepat.

Berita baik bagi pengguna ialah terdapat cara untuk mengembalikan semula ciri carian imej lama. Anda hanya perlu mengkases tetapan Chrome Flags dengan memasukkan “chrome://flags/” di pelayar web. Kemudian cari tetapan “Search your screen with Google Lens” dan pilihan “Disabled”. Chrome akan dilancarkan semula oleh komputer dan anda akan dapat kembali menggunakan carian Google Image yang terdahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami