Unifi Mobile Akan Tawar Akses Perkhidmatan 5G Bermula Februari 2022 (Dikemaskini)

Diterbitkan pada Jan 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dikemaskini : TM kini mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan masih tiada tarikh pengenalan rasmi buat masa ini. TM akan berkongsi lanjut berkenaan dengannya apabila ia bersedia kelak. Semua teks berkaitan pengenalan 5G pada bulan Februari di halaman rasmi Unifi Mobile telah dibuang.


Telekom Malaysia, kini melalui halaman Unifi Mobile, memperlihatkan yang mana pengguna boleh menikmati rangkaian 5G bermula daripada Februari 2022 kelak.

Melalui laman rasmi Unifi Mobile, akses kepada rangkaian 5G dilihat boleh dinikmati bermula Februari 2022 ini. Ini termasuk untuk pelan serendah RM19 sebulan yang menawarkan 2GB data – sehinggalah ke pelan tanpa had Unifi Mobile.

Seperti ramai sedia maklum, TM merupakan salah satu penyedia telekomunikasi yang mendaftar dengan DNB – selain YTL, untuk penawaran rangkaian 5G melalui infrastruktur DNB.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak TM turut akan menawarkan akses tanpa had kepada rangkaian 5G seperti YTL atau sebaliknya. Pihak DNB sendiri menawarkan akses tanpa had secara percuma untuk rangkaian 5G sehingga 31 Mac 2022 kelak.

Pada masa yang sama, pengguna juga perlu memastikan mereka mempunyai peranti yang disokong untuk menggunakan rangkaian 5G ini. Melalui rangkaian 5G, ia menjanjikan kelajuan minima 100Mbps.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Februari ini untuk melihat penawaran TM untuk data 5G ini.

(Tips daripada Aniq8676)

komen


© Amanz / 2022 Kami