MagSafe Mungkin Akan Disokong iPad Pro

Diterbitkan pada Jan 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple memberikan sokongan pengecasan nirwayar MagSafe pada iPhone 12 yang mengecas lebih pantas berbanding standard Qi. Ia kemudian dikembangkan lagi dengan sistem magnet lebih kuat pada iPhone 13 dan kembali semula pada MacBook Pro selepas dihentikan untuk sekian lama.

Menurut 9to5Mac, peranti seterusnya yang akan menyokong MagSafe ialah iPad Pro. Logo Apple di belakang iPad Pro akan mempunyai panel kaca yang membolehkan pengecasan MagSafe digunakan. Setakat ini panel logam seperti yang digunakan sekarang menjadi batu penghalang MagSafe digunakan pada iPad. Tidak diketahui sama ada sistem MagSafe MacBook akan turut disokong.

Sistem pengecasan MagSafe memang menarik tetapi dengan output kuasa sekadar 15W ia jauh lebih perlahan berbanding 27W berwayar yang disokong pada iPhone 13 Pro. Ia juga tidak sepantas sistem pengecasan nirwayar pengeluar Android seperti Huawei, Xiaomi dan Oppo.

komen


© Amanz / 2022 Kami