Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy Tab S8 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu tablet mercu Samsung Galaxy Tab S8 tidak dilancarkan besar kemungkinan kerana isu kekurangan komponen di peringkat global. Sungguhpun begitu Samsung nampaknya tidak membatalkan pelancaran tablet mereka ini kerana imej pengolokan rasmi serta spesifikasi penuh ketiga-tiga tablet – Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, Samsung Galaxy Tab S8+ dan Samsung Galaxt Tab S8 telah ditiriskan oleh laman WinFuture.

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra dilengkapi skrin 14.6″ SAMOLED WQXGA+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dengan sokongan kad mikro SD, kamera utama 13+6 MP, kamera hadapan 12+12 MP dan bateri 11200 mAh.

Peranti menyokong stylus S-Pen yang boleh disambung pada sisi tablet, Samsung DeX, dan juga mempunyai sistem audio kuad-speaker lengkap dengan Dolby Atmos. Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 4.1 yang berasaskan Android 12 yang terkini. Galaxy Tab S8 Ultra ialah tablet pertama Samsung dengan takuk pada skrin seperti beberapa imej pengolokan yang tertiris sebelum ini.

Samsung Galaxy Tab S8+ pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma dilengkapi skrin 14.6″ SAMOLED WQXGA+ 120Hz, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dengan sokongan kad mikro SD, kamera hadapan 12 dan bateri 10090 mAh. Skrin tanpa takuk tetapi masih hadir dengan sokongan S-Pen dan Dolby Atmos.

Akhir sekali Samsung Galaxy Tab S8 mempunyai spesifikasi yang sama cuma dilengkapi skrin 11″ LTPS WQXGA 120H, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dengan sokongan kad mikro SD, kamera hadapan 12 dan bateri 8000 mAh. Skrin tanpa takuk tetapi masih hadir dengan sokongan S-Pen dan Dolby Atmos.

Dengan Samsung akan mengadakan acara Unpacked pada Februari depan, pastinya ketiga-tiga Samsung Galaxy Tab S8 ini akan dilancarkan pada acara yang sama.

komen


© Amanz / 2022 Kami