AirAsia Berhasrat Menjadi Syarikat Seru-Pandu Dan Penghantar Makanan Terbesar Asia

Diterbitkan pada Jan 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirAsia kini menyatakan hasrat, menyasarka untuk menjadi syarikat terbesar di Asia memfokuskan kepada penghantaran makanan dan juga khidmat seru-pandu pengangkutan.

Seperti ramai sedia maklum, AirAsia telah mengubah aplikasi mereka ketika PKP, dan menambah ciri-ciri seperti melakukan tempahan seru-pandu kenderaan, membuat tempahan makanan, serta beberapa ciri lain.

Ciri dinamakan AirAsia Ride dan juga AirAsia Food telah pun sedia ditawarkan di sejumlah lokasi di Malaysia. Selain Malaysia, AirAsia turut menyasarkan memperluaskan penawaran penuh ke Thailand, Indonesia, Singapura, dan Filipina.

Pada hari ini, arena berkenaan boleh dikatakan diterajui oleh Grab, selain turut menerima persaingan pihak Shopee, FoodPanda dan beberapa yang lain.

Dengan AirAsia Berhad dan AirAsia Group yang disenaraikan sebagai syarikat PN17 oleh Bursa Malaysia, ia mungkin sesuatu yang mencabar untuk pihak AirAsia Digital dalam menerajui industri ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami