Cari @ Amanz

Intel sedia memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core Generasi Ke-11 dan Ke-12 yang baharu, serta telah mula dipasarkan bersama sejumlah peranti. Walaupun menyertakan pelbagai perkara baharu, cip-cip moden baharu ini turut menamatkan sokongan untuk beberapa perkara.

Salah satunya, kini Intel telah membuang sokongan untuk Intel SGX. Hal ini sekaligus membuatkan cakera Blu-ray tidak lagi boleh dimainkan pada komputer generasi baharu.

Intel dilihat membuang sokongan untuk Intel SGX ini kerana ia sering menjadi sasaran untuk serangan siber.

Disebabkan ketiadaan sokongan ini, pemain media CyberLink turut menyatakan mereka tidak lagi akan menyokong Ultra HD Blu-ray pada CPU generasi baharu, dan Windows 11.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan merindui ketiadaan sokongan Blu-ray pada komputer moden kini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd