Cari @ Amanz

Salah satu produk baharu daripada Apple yang dijangka diperkenalkan seawal tahun ini, dan dinantikan ramai adalah set kepala AR mereka.

Set kepala dengan sokongan realiti-terimbuh ini dijangka akan menjadi salah satu produk fokus Apple dalam tahun-tahun akan datang, sehingga ia dibangunkan menjadi kaca mata pintar, mahupun sebagai kanta lekap pintar.

Terbaru, mengikut perkongsian Bloomberg, set kepala AR daripada Apple ini dijangka menawarkan harga jualan melangkaui $2000, iaitu lebih tinggi daripada RM8300.

Set kepala ini akan memfokuskan kepada arena permainan, menikmati edia, dan juga komunikasi seperti FaceTime. Ia diperkatakan akan dijana dengan dua cip M1 Pro, selain paparan resolusi tinggi 8K.

Dengan harga jualan melangkaui MacBook, pada peringkat awal, sasaran pasaran untuk set kepala ini dijangka mungkin agak mencabar berbanding dengan bagaimana Apple memasarkan iPhone mereka. Namun, Apple sedia terkenal dengan produk premium, dan tidak mustahil penawaran harga premium mereka turut menerima permintaan tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd