Cari @ Amanz

Sekolah sudah kembali dibuka di Malaysia minggu lalu dan isu utama yang saya sendiri hadapi ialah kerisauan mengenai keselamatan anak di sekolah serta takut buku tertinggal kerana silap membaca jadual penggiliran buku. Bagi ibu bapa yang mempunyai isu seperti ini, Huawei 9µm Smart Positioning Children’s Schoolbag telah dilancarkan di China dengan pelbagai ciri yang berguna untuk anak-anak di sekolah.

Beg ini dilengkapi skrin LCD pada bahagian penutup yang boleh diprogramkan untuk memaparkan jadual waktu sekolah. Skrin akan hanya memaparkan jadual untuk hari yang tertentu. Selain itu ia turut boleh mamaparkan jam dan pelbagai tema menarik. Skrin yang sama melepasi piawaian IP67 untuk memastikan ia tidak mudah rosak.

Beg ini juga dilengkapi dengan sistem penjejakan GPS Beidou dengan ketepatan sehingga 5 meter. Ibu bapa boleh menjejak lokasi beg menggunakan aplikasi HarmonyOS dan menetapkan penggera sekiranya beg dikesan di luar kawasan di mana anak sepatutnya berada. Lokasi GPS beg kemudiannya boleh disimpan sehingga tiga bulan. Bateri 1300 mah yang disertakan boleh membekalkan kuasa kepada beg sehingga 21 hari.

Di China beg sekolah pintar ini kini dijual pada harga RMB 699 (~RM 460) dalam jumlah yang kecil kepada mereka yang ingin menyertai program ujian beta

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd