Cari @ Amanz

Televisyen pintar kini menjadi keperluan sama seperti telefon pintar di rumah kerana ramai yang tidak lagi menonton siaran TV biasa dan lebih selesa menggunakan aplikasi untuk menstrim. Hari ini Philips mengumumkan televisyen pintar 4K Philips 8500 Series mereka mula dijual di Malaysia.

Televisyen siri ini ditawarkan dalam tiga saiz iaitu 50″, 55″ dan 75″ dengan panel LED 4K. Terdapat sokongan format HDR Dolby Vision, HDR10+ dan HLG. Sokongan lain ialah kadar segar semula boleh ubah (VRR) menerusi sambungan HDMI 2.1 untuk permainan video. Terdapat sepasang speaker dengan output kuasa 20W dengan sokongan Dolby Atmos.

Dari segi spesifikasi Siri 8500 dilengkapi cip empat teras, memori sebesar 4GB RAM dan storan pula sehingga 32GB. Ini menjadikan televisyen ini mempunyai saiz storan yang amat besar pernah diberikan kepada televisyen pintar. Sistem operasi yang digunakan adalah Android TV 10. Akhir sekali pilihan I/O pula ialah 4x HDMI, 1x LAN, 1x antena, 1x LAN, 1x output audio digital, 1x bicu audio 3.5mm dan 2x USB-A lengkap dengan sokongan HDMI-eARC serta HDMI-CEC.

Di Malaysia televisyen pintar 4K Philips 8500 Series ditawarkan pada harga seperti di bawah.

ModelHarga Jualan (RM)Harga Promosi (RM)
50” PUT851632992999
55” PUT851635993599
75” PUT851671996599
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd