Cari @ Amanz

Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi dan Shopee telah mengumumkan kerjasama bersama Agoda, Airpaz dan Easybook.com bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati diskaun sehingga 10% yang terhad pada RM20 menerusi CNY  Travel Campaign bermula hari ini sehingga 26 Januari kelak. Diskaun ini akan diberikan bagi tempahan tiket bas, hotel atau penerbangan melalui portal dalam aplikasi Tiket, Tambah Nilai & Bil di Shopee. 

Bagi anda yang membuat tempahan sepanjang tempoh kempen berjalan, anda akan didaftarkan secara automatik untuk memenangi cabutan bertuah dan memenangi hadiah utama iaitu penginapan 3 hari 2 malam di Camar Langkawi Resort dengan baucar penerbangan RM250.

Selain itu, Shopee juga menjalankan kempen Shopee Jualan Tahun Baru Cina sehingga 2 Februari kelak dengan menawarkan penghantaran percuma bagi setiap pembelanjaan minimum RM8, baucar diskaun 88% untuk produk Tahun Baru Cina dan anda juga berpeluang menikmati RM8,888 Angpau bagi permainan Shopee Fortune Quiz semasa sesi Shopee Live setiap hari pada pukul 8 malam.

Bermula 18 Januari hingga 7 Februari pula, pengguna ShopeePay berpeluang memenangi sehingga 8,888 Syiling Shopee bagi setiap pemindahan minimum RM2.88 melalui ciri e-Ang Pow kepada keluarga dan rakan-rakan anda atau juga melalui menambah nilai minimum RM30 ke dalam dompet ShopeePay. Pulangan tunai sehingga RM8 dan juga pulangan tunai dalam bentuk Syiling Shopee sehingga 12% juga ditawarkan bagi setiap pembelian menggunakan ShopeePay di kedai-kedai terpilih. Pelbagai lagi hadiah menarik yang ditawarkan jika anda menyertai Shopee Quiz dan Shopee Shake di aplikasi Shopee seperti Logitech Gaming Headset, Le Creauset Frech Oven, dan Dyson Tower Fan bersama hadiah wang tunai bernilai sehingga RM8,888.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd