Cari @ Amanz

MrBeast merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena YouTube, termasuk popular dengan penerbitan video berbentuk memberikan wang dan hadiah, termasuk telah hadir dengan video olahan kuiz berbentuk Squid Game.

Terbaru, mengikut data Forbes, MrBeast menjadi penerbit kandungan di YouTube dengan pendapatan paling tinggi pada 2021 lepas.

MrBeast dilihat telah menjana lebih 10 bilion tontonan pada YouTube, membawa kepada pendapatan berjumlah $54 juta, iaitu sekitar RM225 juta.

Jake Paul dilihat menduduki tangga kedua, dan diikuti Markiplier pada tangga ketiga. Ryan Kaji yang popular dengan nyah-kotak patung dan permainan menduduki tangga ke-6 dengan pendapatan sebanyak $27 juta (~RM112 juta).

  1. MrBeast (~RM225 juta)
  2. Jake Paul (RM188 juta)
  3. Markiplier (RM158 juta)
  4. Rhett and Link (RM125 juta)
  5. Unspeakable (RM119 juta)
  6. Nastya (RM117 juta)
  7. Ryan Kaji (RM112 juta)
  8. Dude Perfect (RM83 juta)
  9. Logan Paul (RM75 juta)
  10. Preston Arsement (RM66 juta)

Secara keseluruhan, ke-10 YouTuber paling popular ini menjana lebih RM1.2 bilion sepanjang 2021 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd