Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengatakan akan mula melaksanakan sistem pengujian lesen memandu dalam bentuk “E-Testing” di seluruh negara bermula April 2022 ini.
Dengan langkah ini, ia akan membolehkan proses penilaian dilakukan dengan lebih baik, dan pada masa yang sama mengurangkan angka keperluan pegawai yang ramai. Pada hari ini, pengujian pemanduan secara manual memerlukan sehingga 7 pegawai, sementara dengan pelaksanaan sistem e-testing ini, ia akan hanya memerlukan dua orang pemantau sahaja.
Keputusan ujian juga akan dikeluarkan dengan pantas, dan pada masa yang sama dilihat akan meningkatkan lagi integriti JPJ sendiri.
Dengan adanya sistem “E-Testing” ini, pegawai JPJ akan memantau dari bilik kawalan, sementara calon pula akan diuji secara bersendirian dalam kereta.