Cari @ Amanz

Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa stesen minyak mula mengintegrasikan lokasi khusus untuk pengecasan elektrik, dan paling terbaru adalah Shell yang telah memperkenalkan stesen pengecasan elektrik pantas di Tangkak, Johor.

Menariknya, kini Tenaga Nasional, melalui Tenaga Switchgear, ingin membuka stesen pengecasan pertama mereka di Bangsar, dan dijangka tersedia menjelang 2023 kelak. Menariknya, stesen ini juga dijangka akan menggunakan tenaga solar dalam menjana stesen – yang dipasang pada bahagian bumbung stesen pengecasan berkenaan.

Stesen TNB

Dengan fokus terhadap kenderaan elektrik di Malaysia, tidak mustahil juga kita melihat pihak TNB memperluaskan stesen pengecasan mereka ke lokasi-lokasi lain seluruh negara.

Disamping itu, pada masa yang sama, TNB juga dijangka akan memasang pengecas pantas DC di ibu pejabat Kota Damansara seawal bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd