OnePlus Mungkin Kembali Ke Misi Azali – Peranti Mercu, Harga Mampu-Milik

Diterbitkan pada Jan 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus ketika pengenalan OnePlus One dahulu, sedia terkenal dengan penawaran peranti mercu berkualiti pada harga yang sangat kompetitif. Namun, dari tahun ke tahun, harga jualan OnePlus meningkat, dan kini melangkaui RM3,000.

Apa pun, kini dibawah Oppo, OnePlus dilihat mungkin kembali ke azali dengan menawarkan peranti mercu pada harga kompetitif.

Mengikut desas-desus baru, OnePlus dikatakan sedang membangunkan siri peranti baharu yang akan memfokuskan kepada prestasi dan permua. Menariknya, telefon pintar ini juga dijangka ditawarkan pada harga bawah RM2000.

Dalam menjadikan kos lebih rendah, telefon pintar ini akan hadir dengan cip mercu, tetapi menyertakan skrin paparan pipih dan bukannya melengkung. Mungkin juga ia tidak menyertakan sokongan kalis air, dan beberapa ciri lain dalam memastikan harga jualan rendah.

Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar menyasarkan pasaran sama, termasuk seperti iQOO, Redmi, dan sebagainya.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dan kejutan yang disediakan pihak OnePlus.

komen


© Amanz / 2022 Kami