Editor Wikipedia Tidak Iktiraf NFT Sebagai Seni

Diterbitkan pada Jan 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NFT merupakan salah satu terma yang popular pada 2021. NFT atau “non-fungible tokens” berfungsi sebagai sebuah geran kepada aset digital, dan majoriti besar yang terjual pada hari ini adalah berbentuk melibatkan karya grafik, lukisan, dan juga lakaran.

Walaupun begitu, ia dilihat masih tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seni yang ditetapkan oleh editor di Wikipedia.

Wikipedia sedia terkenal sebagai bahan rujukan ramai dalam mendapatkan informasi berkaitan sesuatu perkara. Dengan karya NFT yang terjual pada harga jutaan ringgit, para editor Wikipedia dilihat berbincang untuk menyertakannya atau tidak sebagai karya seni dengan harga tertinggi pernah terjual.

Namun, lima daripada enam editor Wikipedia mengundi supaya tidak menyertakan ia sebagai karya seni. Perkara ini membawa kepada perbincangan lanjut dalam komuniti. Walaupun tidak semua NFT adalah seni, namun masih terdapat beberapa yang merupakan karya seni.

Apa pun, pada hari ini, Wikipedia dilihat menyediakan dua senarai berbeza, iaitu satu memfokuskan kepada karya seni termahal pernah terjual, dan juga karya NFT termahal pernah terjual.

komen


© Amanz / 2022 Kami