Cari @ Amanz

OnePlus minggu ini telah secara rasmi menghentikan sokongan perisian untuk OnePlus 6 dan OnePlus 6T. Tiada lagi sokongan kemas kini untuk sistem operasi dan tampalan sekuriti akan diberikan selepas ini secara rasmi. Pemilik peranti kini perlu menggunakan ROM lain seperti LineageOS sekiranya ingin terus menerima sokongan kemas kini.

OnePlus 6 dan 6T dilancarkan pada tahun 2018. Penghentian sokongan adalah tidak mengejutkan kerana OnePlus memang hanya menawarkan sokongan selama tiga tahun sahaja untuk peranti mereka dan hanya menawarkan sokongan sistem operasi tiga versi dan tampalan sekuriti empat tahun bermula 2021.

Sumber OnePlus

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd