Cip Exynos 2200 Dilancarkan Dengan GPU Xclipse Berasaskan AMD RDNA 2

Diterbitkan pada Jan 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas pelancarannya ditangguh beberapa hari yang lalu, Samsung akhirnya melancarkan cip mercu terkini mereka Exynos 2200. Cip yang dihasilkan menggunakan teknologi 4nm ini dilengkapi lapan teras – 1 teras Cortex-X2, tiga teras Cortex-A710 dan empat teras Cortex-A510.

Yang menjadi perhatian pastinya GPU Xclipse yang berasaskan teknologi AMD RDNA 2 yang telah diacah sejak setahun lalu. Ia turut dilengkapi sebuah NPU dengan keperincian tinggi FP16 (16bit floating point).

ISP yang digunakan pula menyokong sensor sehingga 200MP atau 108MP boleh mengambil sehingga 30 FPS. Dalam mod dual kamera pual sensor 64+36MP boleh digunakan. Menurut Samsung sehingga 7 kamera boleh disokong oleh ISP dengan 4 sensor boleh digunakan serentak. Kemampuan video pula adalah sehingga 8K 30FPS.

Pengeluaran cip kini sudah bermula dengan ia pastinya akan digunakan pada siri Samsung Galaxy S22 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami