Apple Membuang Ciri Pembatalan Hingar Pada iPhone 13

Diterbitkan pada Jan 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini sedia menawarkan ciri pembatalan hingar pada iPhone, sekaligus membuang sebarang gangguan bunyi latar ketika menjawab panggilan suara menggunakan iPhone. Namun, ciri ini tidak disertakan pada iPhone 13.

Ciri ini tersedia pada beberapa iPhone generasi sebelum ini, tetapi tidak disertakan pada iPhone 13. Pada awalnya, ramai jangka ia adalah masalah pepijat – namun kini Apple mengesahkan yang mana ciri berkenaan dibuang pada iPhone 13.

Buat masa ini, tiada sebarang sebab diberikan kenapa ciri berkenaan dibuang.

komen


© Amanz / 2022 Kami