Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Activison Blizzard, sekaligus menyertai keluarga Microsoft Gaming mereka.

Activision Blizzard mempunyai sejumlah permainan popular, termasuk Overwatch, Diablo, Call of Duty, World of Warcraft, Candy Crush dan banyak lagi.

Buat masa ini, syarikat penerbit permainan popular berkenaan akan terus beroperasi secara kendiri sehingga proses pengambil-alihan ini selesai. Sebaik sahaja selesai, Microsoft akan menawarkan permainan Activision Blizzard dibawah Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan, tetapi dianggarkan mencapai $70 bilion.

Sebelum ini, Microsoft turut telah mengambil-alih Mojang dan juga Bethesda. Pengambil-alihan ini sekaligus terus mengukuhkan kedudukan Microsoft dalam arena permainan video, dan menjadikan ia antara tiga teratas dalam arena permainan video.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd