Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini telah menerbitkan gambar acah sekaligus memperlihatkan mereka akan memperkenalkan siri Redmi Note 11 secara rasminya pada 26 Januari 2022 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, siri Redmi Note 11 hadir dalam tiga model berbeza, iaitu Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan juga Redmi Note 11 Pro Plus. Model ini telah diperkenalkan di China paada Oktober 2021 lepas, dan kini dilihat akhirnya telah bersedia untuk pengenalan pasaran luar China.

Jikalau mengikut penawaran di China, Redmi Note 11 hadir dengan skrin pada kadar segar semula mencapai 120Hz, dilengkapi cip MediaTek, dan turut menyokong pengecasan 67W.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar baru dibawah siri Redmi Note 11 ini untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd