Cari @ Amanz

YouTube Premium adalah langganan paling berbaloi pernah saya langgan. Ini kerana video banyak saya tonton di sini dan untuk pengalaman menonton yang mengasyikkan, saya ingin tonton tanpa iklan.

RM17.90 sebulan untuk semua agak berbaloi, malah jika ada keluarga pelan untuk berkongsi yang bernilai RM27.90 ini jauh lebih jimat.

Terkini YouTube dilihat sedang menguji pelan langganan tahunan untuk pengguna baru atau yang pertama kali baru ingin langgan YouTube Premiun. Harga yang ditawarkan adalah $107.99 iaitu sekitar RM451.78. Jika ingin YouTube Music sahaja, mereka meletakkan harga $89.99 setahun.

Tawaran ini terhad kepada pengguna di Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Rusia, Brazil, Turki, Jerman, Thailand, India dan Jepun sahaja buat masa ini. Meteka yang sedia melanggan boleh langgan, dengan syarat matikan langganan tersedia dan mulakan langganan baharu. Turut diingatkan yang harga tertera adalah berdasarkan mata wang USD $, yang mana memang lebih mahal berbanding negara lain.

Pelan langganan tahunan ini menurut Google adalah pelan pra-bayar dan tidak akan auto-caj duit pengguna jika setahun sudah tamat dan pengguna perlu melanggan kembali jika ingin teruskan. Bila ia akan ditawarkan di Malaysia? Masih tidak pasti, tetapi ini pastinya satu tawaran yang menarik jika ada harga dalam RM kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd