Semasa membesar di dekad 80an, Jepun dilihat sebagai negara paling maju dunia. Genre cyberpunk sering memaparkan masa hadapan dengan Tokyo sebagai bantar dengan teknologi tercanggih seperti kereta terbang dan sistem swapandu. Di tahun 2022, realiti berbeza dengan sains fiksyen. Tetapi satu teknologi yang berjaya dibuktikan berfungsi telah dilakukan di Jepun.

Feri Soleil berjaya melakukan perjalanan sejauh 240 kilometer di laut Iyonda Jepun, Utara Kyushu pada Isnin lalu. Pada Julai tahun lalu ia memulakan operasi dengan bantuan krew manusia membawa kargo kereta. Pada Isnin lalu ia bukan sahaja berlayar tanpa campur tangan krew manusia tetapi melakukan proses berlabuh secara automatik.

Sistem swalayar Super Bridge-X yang dibangunkan oleh Mitsubishi dan Shin Nihonkai Ferry Company yang merupakan syarikat pemilik feri. Bagi memastikan keselamatan ketika berlayar, Super Bridge-X menggunakan kamera infra merah untuk melihat dalam situasi gelap dan GPS untuk ketepatan lokasi.

Super Bridge-X ialah sistem swalayar yang dibangunkan di bawah program Meguri 2040 oleh Nippon Foundation bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di Jepun kerana penduduk yang semakin tua. Dalam tinjauan yang dilakukan pada tahun 2019, hampir separuh daripada 28,435 pelaut yang bekerja dalam industri perkapalan Jepun berusia lebih daripada 50 tahun.
Sumber Mitsubishi Heavy Industries