Carian
Warga Emas Lembah Klang Boleh Mendapatkan Dos Penggalak Tanpa Janji Temu Bermula Hari Ini
January 19, 2022 Effi Saharudin

Dos penggalak vaksin Covid-19 adalah diperlukan kerana tahap keberkesanannya menurun selepas enam bulan. Dengan varian Omikron berjangkit dengan lebih pantas, kerajaan Malaysia mula memberikan suntikan dos penggalak sejak November tahun lalu. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 mengumumkan warga emas di Lembah Klang boleh mendapatkan suntikan dos penggalak tanpa temu janji di empat PPV utama bermula hari ini.

Suntikan penggalak boleh diambil di PPV WTC Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, PPV Ideal Convention Centre dan Soka Gakkai Klang. Bagi mereka yang bukan dari golongan warga emas, tarikh temu janji telah mula diberikan dalam aplikasi MySejahtera sejak seminggu yang lalu. Sila periksa notifikasi aplikasi bagi mengelakkan anda terlepas dos suntikan penggalak.

Komen