Cari @ Amanz

Garmin baru sahaja mengemaskini rangkaian peranti boleh-pakai dengan model terkini menerusi pengenalan Venu 2 Plus, tempoh hari. Nampaknya, ia tidak terhenti di situ apabila jenama ini kini hadir dengan beberapa lagi penawaran lain seperti siri Garmin Fenix 7 dan Garmin Epix Gen 2.

Bercakap mengenai siri Garmin Fenix 7, ia ditawarkan dalam tiga variasi berbeza. Ini termasuklah Garmin Fenix 7S yang dilengkapi skrin 1.2-inci (240 x 240 piksel) dengan saiz 42mm. Kemudian, Garmin Fenix 7 pula sebesar 1.3-inci (260 x 260 piksel) dengan saiz 47mm dan Garmin Fenix 7X sebesar 1.4-inci (280 x 280 piksel) dengan saiz 51mm. Bersama-sama dengannya, terdapat tiga lagi pilihan paparan yang ditawarkan seperti standard, Solar dan Sapphire Solar.

Garmin juga menyertakan sokongan skrin sesentuh pada ketiga-tiga model tanpa membuang keupayaan butang fizikal. Pada masa sama, ketiga-tiganya juga dibekalkan keupayaan pengecasan solar yang dipertingkatkan. Di mana dikatakan 54 peratus lebih baik berbanding pendahulunya. Sedikit kelebihan untuk model Fenix 7X di mana ia mempunyai ciri lampu suluh LED yang boleh dilaras.

Untuk ketahanan bateri, Fenix 7S mampu bertahan mencapai 11 jam dengan mod jam tangan pintar, 38 hari dengan mod penjimatan bateri dan 90 hari dengan GPS yang diaktifkan. Sementara itu, Fenix 7 pula mencapai 18 hari (jam tangan pintar) dan 22 hari dengan pengecasan solar. Akhir sekali, Fenix 7X pula mencapai 28 hari (mod jam tangan pintar) dan 37 hari (pengecasan solar).

Seiring dengannya, Garmin turut mengemaskini rangkaian Epix dengan model baharu selepas sekian lama menyepi. Garmin Epix generasi kedua mempunyai skrin 1.3-inci AMOLED dengan resolusi 416 x 416 piksel. Ia juga hadir dengan sokonga skrin sesentuh dan butang fizikal untuk kawalan yang menyeluruh. Ia hadir dengan bahan premium dengan paparan Sapphire, bezel titanium atau bezel keluli tahan karat.

Turut melengkapinya beberapa ciri kesihatan seperti pemantauan degupan jantung, stamina masa nyata, cadangan senaman harian, penjejakan tekanan, dan sebagainya. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menyokong pemberitahuan, Garmin Pay, storan muzik dan ciri keselamatan lain. Dengan bateri yang dibekalkan, ia mampu bertahan mencapai 16 hari dengan mod jam tangan pintar dan meningkat kepada 21 hari dengan mod penjimatan bateri.

Untuk harga, Fenix 7s dan Fenix 7 dijual pada $ 699.99 (~RM2,935)$899.99 (~RM3,773). Garmin 7X pula bermula dengan $899.99 (~RM3,773) – $999.99 (~RM4193). Kemudian, Garmin Epix generasi kedua pula berharga $ 899 (~RM3,770) untuk model Slate Steel dan $ 999.99 (~RM4,193) untuk model Sapphire – Titanium Hitam

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd