Cari @ Amanz

Phantom kembali lagi dengan kamera mereka yang mampu merakam video pada tetapan bingkai yang melampau. Kali ini Phantom S991 boleh merakam video 4K pada kadar 937 FPS yang tidak mampu digapai oleh kamera lain yang pernah dihasilkan oleh mereka.

Bagi mencapai kadar bingkai yang tinggi ini, Phantom S991 dilengkapi sistem gentian optik CoaXPress-over-Fiber menggantikan sistem kabel kuprum yang digunakan sebelum ini. Ini memberikan kelajuan pemindahan data sehingga 70 Gbps yang membolehkan rakaman video pada resolusi 4,096 x 2,304 pixel 937 FPS. Kamera juga boleh merakam video pada kadar 52,080 FPS jika resolusi direndahkan ke 2,048 x16 pixel. Harga jualan Phantom S991 masih belum diumumkan.

Ini masih belum kamera terpantas pernah ditawarkan oleh mereka. Phantom TMX 7510 yang telah dilancarkan sebelum ini mampu melalukan rakaman video sehingga 1.75 juta bingkai sesaat pada resolusi 640×64 pixel. Sungguhpun begitu TMX 7510 hanya boleh merakam video sehingga resolusi 12080×800 pixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd