Cari @ Amanz

Sebelum ini, Singapura dilihat sebagai salah satu daripada negara di Asia Tenggara yang sangat terbuka menerima penggunaan kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum, dimana beberapa syarikat telah dibuka yang menawarkan mesin ATM kriptowang, dimana pelanggan boleh membeli dan memperdagangkan kriptowang dengan cepat dan mudah.

Akan tetapi, kebelakangan ini, kerajaan Singapura dilihat semakin konservatif mengenai penggunaan kriptowang, khususnya apabila ia dilihat bahawa aplikasi perdagangan kriptowang Binance telah diharamkan secara penuh penggunaannya di negara tersebut.

Terkini, undang-undang baru yang dikeluarkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS) dilihat memaksa pengelola ATM kriptowang seperti Daenerys & Co dan Deodi Pte untuk menutup penawaran ATM kriptowang mereka bermula minggu ini.

Daenerys & Co, syarikat teknologi berasaskan kriptowang dilihat pengelola ATM kriptowang terbesar dengan lima ATM tersebut melaporkan bahawa mereka menutup operasi lima ATM mereka di sekitar Singapura selepas undang-undang baru ini dilancarkan.

Syarikat tersebut dilihat akan berunding bersama MAS untuk melihat apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan mereka kekal beroperasi dalam masa yang terdekat ini.

Singapura bukanlah negara pertama yang dilihat mengetatkan perdagangan kriptowang. China, India, Amerika Syarikat dan juga Eropah kini dilihat mengetatkan undang-undang, ataupun mengharamkan terus perdagangan dan penggunaan kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai langkah untuk menjaga ekonomi dan sektor kewangan negara masing-masing.

Sumber: The Star

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd