Cari @ Amanz

Selain peranti pintar, Realme juga tidak asing dalam penawaran aksesori audio tersendiri. Antara produk yang sedia diumumkan termasuklah Realme Buds Air, Realme Buds Air 2, Realme Buds Air 2 Neo dan sebagainya. Setiap satu daripadanya mempunyai ciri dan fungsi tersendiri yang mampu menjadikannya menarik.

Terkini, tularnya imej yang didakwa menunjukkan rekaan untuk aksesori audio baharu Realme. Ia dikongsi oleh OnLeaks menerusi ciapan di Twitter dan aksesori berkenaan dikenali sebagai Realme Buds Air 3. Jelas kelihatan, ia adalah fon telinga jenis dalam telinga bertangkai dengan putik silikon. Selain itu, ia juga dilihat seakan dihiasi dengan kemasan tubuh berkilat seumpama yang terdapat pada model sebelum ini. Seterusnya, terdapat perbezaan yang agak jelas boleh dilihat pada rekaan pod pengecas. Pada masa sama, turut terdapatnya penjenamaan Realme padanya.

Menurut spekulasi awal, Realme Buds 3 akan dilengkapi sistem pembatalan bunyi secara hibrid yang mampu mengurangkan hingar sehingga 40dB. Selain itu, tambatan pula dilakukan menerusi bluetooth 5.2, selain turut menampilkan penarafan kalis air IPX5. Fon telinga ini juga didakwa mampu bertahan mencapai 7 hingga 30 jam masa main balik tetapi kapasiti bateri tidak pula didedahkan. Pada masa sama, tiada juga sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran rasminya setakat ini.

Sumber : OnLeaks

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd