Realme Brick Bluetooth Speaker Kini Di Malaysia – Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM139

Diterbitkan pada Jan 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga kini, terdapat pelbagai jenis pembesar suara mudah-alih yang boleh didapati di pasaran. Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi menarik tersendiri, di samping penawaran harga mengikut kesesuaian. Terbaharu, Realme Brick Bluetooth Speaker telah diperkenalkan dan ia lengkap dengan rekaan yang lebih besar berbanding beberapa pendahulunya, Realme Pocket dan Realme Cobble Bluetooth Speaker.

Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM199. Namun begitu, ia masih boleh dibeli pada harga promosi serendah RM139 untuk mana-mana pengguna yang membuat pra-tempahan awal hari ini bermula jam 5 petang ini. Promosi terhad untuk sehari dan ditawarkan secara eksklusif menerusi kedai atas talian Realme di Shopee.

Realme Brick Bluetooth Speaker menggunakan bahan berasaskan aluminium, di samping lengkap dengan kemasan bewarna hitam. Selain itu, ia juga dilengkapi dua pembesar suara dan menyokong sistem audio stereo dengan kuasa output 20W. Ia juga dibekalkan bateri sebesar 5,200mAh yang mampu memainkan muzik sehingga 14 jam secara berterusan. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai kemampuan kalis air IPX5, boleh ditambat kepada peranti menggunakan Bluetooth 5.0 dan penggunaan aplikasi Realme diperlukan untuk kawalan lebih baik.

komen


© Amanz / 2022 Kami